Friday, July 2, 2010

Kembali pulang ke Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah terima kasih Allah yang tidak terhingga kerana tak henti2 melimpahi nikmat dan rahmat kepada hamba2 Mu walaupun hambu Mu ini sering leka dan lalai. Sesungguhnya nikmat dan rahmat Mu sangatlah luas tak terhingga dan pasti tidak terhitung oleh kami Ya Allah. Ya Allah ajarilah kami sekeluarga supaya kami sentiasa ingat dan sadar kepadu Mu Ya Allah. Ajarilah kami untuk mencintai Mu Ya Allah wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan Tuhan yang meliputi segala sesuatu.



Ya Allah pada hari ini (Khamis 24/6/2010) sepupu kakak (alya) dan adik (muaz) iaitu Nurliyana binti Surib telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 1.30 pg. Kak Noli pada usia 20 tahun telah kembali lebih awal dari kita semua. Memang benar Ya Allah kematian itu tidak mengenal usia, ia adalah ketetapan Mu Ya Allah. Allahyarhamah adalah sepupu kakak dan adik yang paling rapat dgn kakak dan adik berbanding sepupu yang lain. Kepulangan Kak Noli sudah pasti dirasai oleh kami malah juga rakan2 beliau sendiri. Kak Noli memang baik org nya dan sgt lembut. Dia juga bijak dalam akademiknya dan boleh dijadikan contoh buat mereka yang lain.


Untuk pengetahuan kakak dan adik, Kak Noli telah mula dimasukkan ke Hospital Batu Pahat sejak 11/6/2010 lagi atas sebab sakit perut/terdapat ketulan darah dalam perut iaitu selepas pemeriksaan dibuat. Doktor menasihatkan agar dirujuk kpd pakar pada 16/6/2010 tetapi disebabkan Kak Noli tidak tertahan lagi atas kesakitan yang dialami maka dia minta sendiri agar operation dpt dijalankan dgn segera. Maka pd 8.00pm 11/6/2010 Kak Noli telah dimasukkan ke wad operation utk tujuan berkenaan.
Pada 14/6/2010 Kak Noli telah dibenarkan pulang ke Sri Paya dan ayah yang jemput Kak Noli n Mak Ngah di hospital. Waktu tu kakak dan adik juga ada di sana dan pulang ke Sri Paya naik kereta bersama ayah, Kak Noli dan Mak Ngah. Ayah rasa kesian sangat pd Kak Noli masa naik kereta tu sbb jalan yang tak rata. Maklumla kan baru lepas operation... Nasib baik Allah bagi ayah kereta Honda, kurang la sikit bumping tu.. Terima kasih Allah.

Sebelum subuh 15/6/2010 (Selasa) Kak Noli terasa semula sakitnya yg tak tertahan, jadi Kak Noli sekali lagi telah di hantar ke hospital oleh Abg Man. Yang sedihnya Kak Noli di tempatkan di HBU (sebelah bilik ICU). Pada hari ini ibu tak kerja tapi kena pergerakan ke Melaka untuk menghadiri kursus sehingga 17/6/2010. Ayah pun ambil cuti 2 hari untuk hantar ibu dan bawa sekali akak dan adik supaya kebajikan anak2 ini terjaga. Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan pulang ke rumah pd 17/6/2010 tu walaupun dapat sedikit selsema semasa di Melaka. Oleh kerana kami sekeluarga tak berapa sihat termasuk anak2 jadi kami tak dapat nak melawat Mak Ngah di hospital lagipun Kak Noli masih di HBU di mana Mak Ngah maklumkan org lain tak dibenarkan melawat (dalam kawalan rapi).

Pada 20/6/2010 (Ahad) petang Mak Ngah call ibu dan bagitahu Kak Noli dah duduk di wad. Ayah turut bersyukur dapat berita yg ibu sampaikan. Ayah terasa macam nk pergi ziarah pd Isnin tu tapi atas beberapa perkara ayah tangguhkan hasrat ini. Petang Isnin tu kami dapat berita yang Kak Noli collaps dan terpaksa dibedah semula atas sebab2 tertentu. Operation telah dijalankan pd hari Selasa dan selepas waktu kerja ayah, ibu, atuk dan bang Man pergi ke hospital bawa kakak dan adik sekali. Sampai dihospital ibu dan bang man naik dulu ziarah Kak Noli, kemudian ayah dan atuk. Kakak dan adik tak dibenarkan untuk ziarah/masuk ke wad sbb kakak n adik masih kecik. Semenjak semalam lagi kak noli tak sedarkan diri, hanya Allah saja yang tahu keadaannya waktu tu.

Selepas solat maghrib kami semua makan di kantin bersama mak long n pak long. Selepas itu pulang ke sri paya tapi ayah n ibu bawa atuk tidur di rumah taman krn bang man nk pergi hospital lagi utk temankan mak ngah.

Pada hari rabu 23/4/2010 ayah ada bengkel OBE. Ketika berbengkel ibu sms ayah, bgtahu kak noli kritikal. Ayah terus decide utk ke hospital brsama ibu. Bengkel ayah tinggalkan dgn izin KJ. Waktu pergi ke hospital hujan turun dgn lebat sekali hingga penuh air di jalan, terutamanya depan BP mall. Alhamdulillah kereta kancil ayah selamat sampai di hospital. Ayah n ibu masuk ke bilik kak noli lebih kurang jam 12.3otghari dan ayah terus berdoa supaya kak noli sembuh. Ayah sambung ke Allah, mohon dan merayu kemudian sambung ke kak noli. Pukul 3pm ayah n ibu pulang semula ke tempat kerja tapi habis je kerja ayah n ibu pergi semula ke hospital tanyakan khabar pd mak ngah dan blk ke sri paya slps maghrib. Ayah sempat belikan akak dan adik roti canai dan kita makan sama2 depan tv di rumah atuk.
Ntah kenapa mlm ini ayah solat isyak lewat, kul 12 baru solat huhu. Habis solat ayah silatun/sambung ke Allah dan sambung ke kak noli. Dalam silatun ini ayah hanya diam, dan sebut Allah dgn dalam sekali, dalam dan terus dalam. Ayah ulang dan ulang lagi dan sambungkan ke kak noli. Tup tup lebih kurang 12.45 ayah terdengar ibu berbual dgn mak ngah di telefon. Ibu ada sebut sabar kak sabar.... Ayah terus bangun dan tanyakan ibu. Ibu kata kak noli tengah nazak. Ayah terus minta ibu utk kejutkan bang man yg baru je blk dr hospital kul 11 dan terus masuk tidur sbb esoknya nk kerja katanya. Ayah ajak bang man pergi hospital naik kereta kancil. Alhamdulillah jalan agak lengang n sunyi mlm tu mgkin kerana siang hari sblm tu hujan dan tak ramai yg keluar mlm2 memandangkan cuaca yg agak sejuk. Sepanjang jalan ayah on kan lampu emergency signal. Boleh tahan jugak meluncur laju mlm tu. Sepanjang jalan jgk ayah cuba silatun ke Allah semoga semuanya dlm keadaan baik. Sempat jgk ayah telefon pak long utk maklumkan perkara ini. Byk kali jgk telefon br pak long jawab. Pak long kata ringkas je.. jumpa di hospital nnt.
Tiba di hospital sekitar 1.25am, dan didapti mak ngah sedang teresak2 di kerusi di blk ICU. Ayah cuba menenangkan mak ngah supaya dpt bersabar atas segala ketentuanNya. Mak Ngah jg ada cakap pd bang man, ringkas saja kata2nya, 'Tinggal satu'. Ayah terus ucapkan dlm hati, Innalillahi Wainailaihirojiun... Kemudian ayah cuba tanya pd staf yg bertugas mlm tu, seorg staf perempuan nyatakan 'degupan jangtung kak noli pd monitor sudah tiada, tp kami masih menunggu doktor untuk sahkan perkara ini'. Ayah pun tak terkata apa hanya berserah pd Allah lah yg termampu. Tak lama kemudian pak long dan mak long sampai. Pd jam 1.40am 24/6/2010 seorg doktor perempuan sampai dan periksa itu ini. Sejurus itu, seorg staf memanggil kami termasuk mak ngah ke katil kak noli, dan doktor berkata 'harap semua dapat bersabar, kami telah berusaha sedaya upaya kami tapi Allah lebih sayangkan kak noli dan kak noli telah kembali menemui Tuhannya'. Inilah pengesahan doktor atas keadaan kak noli. Innalillahi Wainailaihirojiun... Sesungguhnya daripada Engkau lah asal kami dan kepada Mu lah kami kembali... Perasaan kami sangat hiba waktu itu apabila melihat staf bertugas menaggalkan wayar2 yg ada pd tubuh kak noli utk dikemaskan disamping ayah cuba menenangkan bang man.
Beberapa ketika kemudian ayah meninggalkan katil dan tak tahu nk buat apa. Alhamdulillah syukur kpd Allah ayah teringat pesan ustaz dan rakan2 Solat Center supaya sentiasa sadar dan kembali kepadaNya. Selepas itu, Allah gerakkan ayah utk maklumkan pd ibu, wak mis, dan cik min. Kemudian Allah gerakkan lg supaya ayah telefon ust. Shahrir UTHM utk dapatkan khidmat van jenazah UTHM. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar atas izin Allah dan jenazah tiba di Sri Paya sekitar jam 4.00am. Selepas itu proses pengurusan jenazah berjalan lancar atas bantuan semua pihak dan lebih kurang jam 12.30 tghari jenazah telah selamat dikebumikan di Pt. Lapis Sempadan iaitu terletaknya tapak perkuburan arwah ayah kak noli.

Kami semua berdoa semoga ruh kak noli sentiasa dalam rahmat Allah. Al-Fatihah untuk kak noli. Ya Allah Kau rahmatilah ruh Nurliyana binti Surib dan Kau ampunilah segala dosa2 dia Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha pemberi Rahmat..

Ya Allah, ajarilah dan jadikanlah ayah, ibu, kakak, adik, mak ngah, atuk, abg man dan semua seudara2 dekat kak noli utk ridho di atas kembalinya kak noli ke sisi Allah. Ya Allah ajarilah kami utk sabar dalam menghadapi peristiwa ini Ya Allah. Kami ini lemah Ya Allah... tunjukilah kami ke jalan Mu yang lurus Ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.

1 comment:

  1. Salam takziah buat che as sekeluarga..moga allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..ameen..

    ReplyDelete