Friday, July 2, 2010

Kembali pulang ke Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah terima kasih Allah yang tidak terhingga kerana tak henti2 melimpahi nikmat dan rahmat kepada hamba2 Mu walaupun hambu Mu ini sering leka dan lalai. Sesungguhnya nikmat dan rahmat Mu sangatlah luas tak terhingga dan pasti tidak terhitung oleh kami Ya Allah. Ya Allah ajarilah kami sekeluarga supaya kami sentiasa ingat dan sadar kepadu Mu Ya Allah. Ajarilah kami untuk mencintai Mu Ya Allah wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan Tuhan yang meliputi segala sesuatu.



Ya Allah pada hari ini (Khamis 24/6/2010) sepupu kakak (alya) dan adik (muaz) iaitu Nurliyana binti Surib telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 1.30 pg. Kak Noli pada usia 20 tahun telah kembali lebih awal dari kita semua. Memang benar Ya Allah kematian itu tidak mengenal usia, ia adalah ketetapan Mu Ya Allah. Allahyarhamah adalah sepupu kakak dan adik yang paling rapat dgn kakak dan adik berbanding sepupu yang lain. Kepulangan Kak Noli sudah pasti dirasai oleh kami malah juga rakan2 beliau sendiri. Kak Noli memang baik org nya dan sgt lembut. Dia juga bijak dalam akademiknya dan boleh dijadikan contoh buat mereka yang lain.


Untuk pengetahuan kakak dan adik, Kak Noli telah mula dimasukkan ke Hospital Batu Pahat sejak 11/6/2010 lagi atas sebab sakit perut/terdapat ketulan darah dalam perut iaitu selepas pemeriksaan dibuat. Doktor menasihatkan agar dirujuk kpd pakar pada 16/6/2010 tetapi disebabkan Kak Noli tidak tertahan lagi atas kesakitan yang dialami maka dia minta sendiri agar operation dpt dijalankan dgn segera. Maka pd 8.00pm 11/6/2010 Kak Noli telah dimasukkan ke wad operation utk tujuan berkenaan.
Pada 14/6/2010 Kak Noli telah dibenarkan pulang ke Sri Paya dan ayah yang jemput Kak Noli n Mak Ngah di hospital. Waktu tu kakak dan adik juga ada di sana dan pulang ke Sri Paya naik kereta bersama ayah, Kak Noli dan Mak Ngah. Ayah rasa kesian sangat pd Kak Noli masa naik kereta tu sbb jalan yang tak rata. Maklumla kan baru lepas operation... Nasib baik Allah bagi ayah kereta Honda, kurang la sikit bumping tu.. Terima kasih Allah.

Sebelum subuh 15/6/2010 (Selasa) Kak Noli terasa semula sakitnya yg tak tertahan, jadi Kak Noli sekali lagi telah di hantar ke hospital oleh Abg Man. Yang sedihnya Kak Noli di tempatkan di HBU (sebelah bilik ICU). Pada hari ini ibu tak kerja tapi kena pergerakan ke Melaka untuk menghadiri kursus sehingga 17/6/2010. Ayah pun ambil cuti 2 hari untuk hantar ibu dan bawa sekali akak dan adik supaya kebajikan anak2 ini terjaga. Alhamdulillah kami semua selamat sampai dan pulang ke rumah pd 17/6/2010 tu walaupun dapat sedikit selsema semasa di Melaka. Oleh kerana kami sekeluarga tak berapa sihat termasuk anak2 jadi kami tak dapat nak melawat Mak Ngah di hospital lagipun Kak Noli masih di HBU di mana Mak Ngah maklumkan org lain tak dibenarkan melawat (dalam kawalan rapi).

Pada 20/6/2010 (Ahad) petang Mak Ngah call ibu dan bagitahu Kak Noli dah duduk di wad. Ayah turut bersyukur dapat berita yg ibu sampaikan. Ayah terasa macam nk pergi ziarah pd Isnin tu tapi atas beberapa perkara ayah tangguhkan hasrat ini. Petang Isnin tu kami dapat berita yang Kak Noli collaps dan terpaksa dibedah semula atas sebab2 tertentu. Operation telah dijalankan pd hari Selasa dan selepas waktu kerja ayah, ibu, atuk dan bang Man pergi ke hospital bawa kakak dan adik sekali. Sampai dihospital ibu dan bang man naik dulu ziarah Kak Noli, kemudian ayah dan atuk. Kakak dan adik tak dibenarkan untuk ziarah/masuk ke wad sbb kakak n adik masih kecik. Semenjak semalam lagi kak noli tak sedarkan diri, hanya Allah saja yang tahu keadaannya waktu tu.

Selepas solat maghrib kami semua makan di kantin bersama mak long n pak long. Selepas itu pulang ke sri paya tapi ayah n ibu bawa atuk tidur di rumah taman krn bang man nk pergi hospital lagi utk temankan mak ngah.

Pada hari rabu 23/4/2010 ayah ada bengkel OBE. Ketika berbengkel ibu sms ayah, bgtahu kak noli kritikal. Ayah terus decide utk ke hospital brsama ibu. Bengkel ayah tinggalkan dgn izin KJ. Waktu pergi ke hospital hujan turun dgn lebat sekali hingga penuh air di jalan, terutamanya depan BP mall. Alhamdulillah kereta kancil ayah selamat sampai di hospital. Ayah n ibu masuk ke bilik kak noli lebih kurang jam 12.3otghari dan ayah terus berdoa supaya kak noli sembuh. Ayah sambung ke Allah, mohon dan merayu kemudian sambung ke kak noli. Pukul 3pm ayah n ibu pulang semula ke tempat kerja tapi habis je kerja ayah n ibu pergi semula ke hospital tanyakan khabar pd mak ngah dan blk ke sri paya slps maghrib. Ayah sempat belikan akak dan adik roti canai dan kita makan sama2 depan tv di rumah atuk.
Ntah kenapa mlm ini ayah solat isyak lewat, kul 12 baru solat huhu. Habis solat ayah silatun/sambung ke Allah dan sambung ke kak noli. Dalam silatun ini ayah hanya diam, dan sebut Allah dgn dalam sekali, dalam dan terus dalam. Ayah ulang dan ulang lagi dan sambungkan ke kak noli. Tup tup lebih kurang 12.45 ayah terdengar ibu berbual dgn mak ngah di telefon. Ibu ada sebut sabar kak sabar.... Ayah terus bangun dan tanyakan ibu. Ibu kata kak noli tengah nazak. Ayah terus minta ibu utk kejutkan bang man yg baru je blk dr hospital kul 11 dan terus masuk tidur sbb esoknya nk kerja katanya. Ayah ajak bang man pergi hospital naik kereta kancil. Alhamdulillah jalan agak lengang n sunyi mlm tu mgkin kerana siang hari sblm tu hujan dan tak ramai yg keluar mlm2 memandangkan cuaca yg agak sejuk. Sepanjang jalan ayah on kan lampu emergency signal. Boleh tahan jugak meluncur laju mlm tu. Sepanjang jalan jgk ayah cuba silatun ke Allah semoga semuanya dlm keadaan baik. Sempat jgk ayah telefon pak long utk maklumkan perkara ini. Byk kali jgk telefon br pak long jawab. Pak long kata ringkas je.. jumpa di hospital nnt.
Tiba di hospital sekitar 1.25am, dan didapti mak ngah sedang teresak2 di kerusi di blk ICU. Ayah cuba menenangkan mak ngah supaya dpt bersabar atas segala ketentuanNya. Mak Ngah jg ada cakap pd bang man, ringkas saja kata2nya, 'Tinggal satu'. Ayah terus ucapkan dlm hati, Innalillahi Wainailaihirojiun... Kemudian ayah cuba tanya pd staf yg bertugas mlm tu, seorg staf perempuan nyatakan 'degupan jangtung kak noli pd monitor sudah tiada, tp kami masih menunggu doktor untuk sahkan perkara ini'. Ayah pun tak terkata apa hanya berserah pd Allah lah yg termampu. Tak lama kemudian pak long dan mak long sampai. Pd jam 1.40am 24/6/2010 seorg doktor perempuan sampai dan periksa itu ini. Sejurus itu, seorg staf memanggil kami termasuk mak ngah ke katil kak noli, dan doktor berkata 'harap semua dapat bersabar, kami telah berusaha sedaya upaya kami tapi Allah lebih sayangkan kak noli dan kak noli telah kembali menemui Tuhannya'. Inilah pengesahan doktor atas keadaan kak noli. Innalillahi Wainailaihirojiun... Sesungguhnya daripada Engkau lah asal kami dan kepada Mu lah kami kembali... Perasaan kami sangat hiba waktu itu apabila melihat staf bertugas menaggalkan wayar2 yg ada pd tubuh kak noli utk dikemaskan disamping ayah cuba menenangkan bang man.
Beberapa ketika kemudian ayah meninggalkan katil dan tak tahu nk buat apa. Alhamdulillah syukur kpd Allah ayah teringat pesan ustaz dan rakan2 Solat Center supaya sentiasa sadar dan kembali kepadaNya. Selepas itu, Allah gerakkan ayah utk maklumkan pd ibu, wak mis, dan cik min. Kemudian Allah gerakkan lg supaya ayah telefon ust. Shahrir UTHM utk dapatkan khidmat van jenazah UTHM. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar atas izin Allah dan jenazah tiba di Sri Paya sekitar jam 4.00am. Selepas itu proses pengurusan jenazah berjalan lancar atas bantuan semua pihak dan lebih kurang jam 12.30 tghari jenazah telah selamat dikebumikan di Pt. Lapis Sempadan iaitu terletaknya tapak perkuburan arwah ayah kak noli.

Kami semua berdoa semoga ruh kak noli sentiasa dalam rahmat Allah. Al-Fatihah untuk kak noli. Ya Allah Kau rahmatilah ruh Nurliyana binti Surib dan Kau ampunilah segala dosa2 dia Ya Allah... sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha pemberi Rahmat..

Ya Allah, ajarilah dan jadikanlah ayah, ibu, kakak, adik, mak ngah, atuk, abg man dan semua seudara2 dekat kak noli utk ridho di atas kembalinya kak noli ke sisi Allah. Ya Allah ajarilah kami utk sabar dalam menghadapi peristiwa ini Ya Allah. Kami ini lemah Ya Allah... tunjukilah kami ke jalan Mu yang lurus Ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.

Monday, May 10, 2010

Setahun sudah berlalu..

Assalamualaikum w.b.t... salam sejahtera..

dengan limpah rahmat dariNya.. diizinkan juga bgku mencoret sedikit perubahan kehidupan si anak2... (lama dah x ter'update')

ya Allah, mohon lindungan dariMu.. agar apa yang tertaip hanyalah sekadar cerita yang bermakna buat kami, mohon dijauhkan dari sebarang ketidaksesuaian bahasa dan isi cerita yang menjadikan kami jauh dariMu ya Allah....

kini, adik (muaz) sudah genap setahun akhir bulan 4 yang lalu, dan semingga selepas ulangtahun dia telah dikurniakan satu lagi nikmat Allah, alhamdulillah... gembira rasa hati bila lihat adik dah pandai berjalan sendiri... maka tampak sempurnalah tumbesarannya sepanjang setahun kehidupannya ini... dari lahir, pandai menangis, lihat, ketawa, mengenali, mengiring, tiarap, maju kehadapan, merangkak, duduk, diri, panjat dan berjalan... kini semakin laju dan laju....

moga setiap langkahnya akan mendapat rahmatMu ya Allah... tiada daya melainkan dengan izin dan kehendak-Mu.... segala MAHA hanya milikMu ya Allah...

namun jauh di sudut hati ini, 2 perkara yg masih tidak dapat aku lupakan sebagai ibunya... yg pertama: sewaktu mula2 adik pandai berjalan.... (asyik berjln saja, tidak kenal penat) mlm dimana ayah ke KL menghadiri kursus pelatihan sholat khusyuk bersama pak ustaz dan ahli jemaah sholat centre malaysia, aku dan anak2 balik ke kg. Dalam lewat mlm area jam 10.30 muaz berjalan jatuh dan terhantuk dibucu meja, dlm keadaan merangkak menangis lalu aku ambil dudukkan dipangku.. bila ku usap mukanya... ya Allah. byknya darah... aku, kakak, mak ngah dan ank buah terdiam.. lalu pandang jam. Jam 10.30 lbh.. bingung seketika.. klinik?! ubat?! susu?! ayah! apa nak buat nih...bila sebut ayah, aku teringatkan ketenangannya bila menghadapi sesuatu masalah.. maka aku cuba utk tenang, ya Allah saat tu aku jadi buntu seketika... namun Kau alirkan ilham yang tidak terjangka dek akal ku, lalu ku susukan dulu si adik (susu badan) dari situ aku tenangkan jiwanya agar tidak menangis dan aku lebih yakin dengan gerakkan yang dialirkan... sambil adik menyusu sambil aku mengelap darah yg mengalir... hinggala dia benar2 tenang dan darah pun tidak mengalir lagi. Dalam dan agak besar kena lubang itu... dengan keadaan kepala yg masih lembut... ya Allah Kau saja yg tahu tatkala itu.

nampak ringkas bukan? tapi jika emosi yg mengawal fikiran pastinya aku yg lebih menangis dari si adik.... terima kasih Allah, terima kasih.

yg kedua.... masa di kg mertua ku... dlm keadaan riuh rendah dek budak2 bermain + - jam 9pg , namun muaz yg aku tinggalkan sekejap saja dgn biras ku tampak menangis tanpa suara. (masa tu ke dapur ambilkan plastik utk mak ke rewang)... lalu ku angkat muaz.. apa yg aku dgr.. biras ku berkata " muaz kalau menangis mmg x kuar suara ya as?", aku pun menggelengkan kepala bermaksud tidak, ini bermakna menangis dengan suara... melainkan dah tak tertahan kuatnya... tapi lain yg aku tgk saat tu, bila aku angkat aku lihat, bibirnya biru, mukanya pucat, badannya lemah... ya Allah... aku terus berlalu melihat di mana ayah? sambil bg plastik pd mak, sambil panggil si ayah.. dan masa yg sama muaz lentuk2 di bahu dan aku hanya mampu mengusap2 dadanya, dalam hati ya Allahhh... kenapa ya?... aku takut sebenarnya masa tu... aku lihat ayah terdiam. Dan aku panggil dan panggil.... dan aku angkat agar dia tidak terus lentuk di bahu... lama kelamaan mukanya kembali pink2 merah.... mak juga tanya kenapa kakinya nmpk biru... masa tu mula semua berkerumun di tgh tangga (di anjung- rumah atas)... aku lihat muaz, lihat ayah, lihat muaz, lihat ayah... hati aku mula kata ya Allah aku masih belum sanggup kalau apa2 terjadi masa itu... wlaupun telah byk kali ayah ajar agar redhakan dgn apa yg kita syg... tahu.. faham... tp bila dah sampai masanya ianya berbeza, itu tandanya aku masih belum pasrah ya Allah...

dan kini...
alhamdulillah.. ya Allah,
aku bermohon agar kami semua dalam limpah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah...

Tuesday, March 2, 2010

Gatal gigi

alhamdulillah, diam x diam muaz dah 10bulan 9hari... dan kini dia dah mula berlatih diri tanpa pegang.. (dah nak jalan la kot).. dan gigi kini dah ader 8 batang... (4 atas 4 bwh)

beberapa minggu yg lepas ayah ade belikan adik permainan gigit2 tu (aper ntah namanya..) tp sekejap je dia gigit.. skarang apa dia jumpa sume dia gigit... termasukla selipar si kakak, kesian....

kelmarin on the way balik umah uncle nas (jemputan) ayah singgah g beli air jambu batu muar... sedap juga.. + serbuk asam boi... best2... dan strawnya jadi bahan gigitan adik sampaila ke rumah, x kasih nangis... biarkan risau luka dalam mulut pula, sudahnya biarkan saja.. dia yg gigit tahula dia takat mana dia rasa tajam straw tu..

aksi muaz gigit straw, lani straw tu masih ader kt rumah... heheh...

Anak2 di D'impian Kopitiam

Assalamualaikum...

alhamdulillah, hasrat utk menyinggah ke D'impian Kopitiam tercapai juga.. walaupun x makan (sebab masih kenyang) kami minum2 je.. sambil layan anak2 di kedai baru.. menu2 pun menarik2 juga... kami oder Kalamasi 3 rasa dan kentang goreng...


kakak yg terkejut.. hehe..


muaz baca doa.. ameen..

dgn gaya tersendiri.. nyumm... nyumm..


snap kejap sementara air sampai..

tp lupe nak snap air... dtg terus je ssrruupppp... aahh.. lega lagi cuaca panas2 nih,
pekena air batu.. ermm...

Tuesday, February 23, 2010

Isnin Malam

Assalamualaikum wbt buat semua,
moga kalian semua dan kami juga senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya...

Lama x cerita pasal anak2 kami... alhamdulillah semua sihat2 dan comel2 belaka... (kihikikhihi...) si kakak tambah tinggi dan tambah akal (alhamdulillah...) dan adik muaz pun dah laju merangkak sekarang nak ajar dia berdiri tanpa bantuan... apepun skrg muaz tambah2 aktifnya... x reti dok diam kalau dipegang...

ni pic terbaru mereka mlm td, kakak sibuk nak pkai tudung ibu, ibu dia pe lagi sibuk 'snap' keletah mereka la... hehe... senorok tgk... Terima kasih Allah atas kurnian dua zuriat ini, moga2 kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. ameen...

Sementara tunggu ayah siap solat, si kakak minta dipakaikan tudung ibu ..
kakak : nak pakai tudung..
ibu : kakak, amik dalam bakul..
kakak :.. x nak, nak ibu punye..
ibu : terpinga2...tapi amik juga..
kakak : nak tu... (sambil tunjuk laci simpan butang)
so bergayala si kakak dgn tudung ibu...
sedikit pujian utk si kakak : comellll kakak pakai tudung... sambil usap kedua2 pipinya, anak2 ni kena diberi hadiah, dan pujian salah satu hadiah juga... tengok kan mereka tersenyum bila kita kata dia comel... suke... mengembirakan hati anak2..


kakak yang pemalu..


muaz yang cool..






muslimah kecil, mengayakan tudung ibu..


mulakan aktiviti... diam2 si adik kadang suka kacau si kakak...
meh main tarik2..


aper lagi kakak pun me'nyaring'kan suaranya...




dan si ayah... daa..

Alhamdulillah... TQ for Allah...


Tuesday, February 2, 2010

Bersua kembali...

Assalamualaikum wbt...

lama rasanya ibu x bercerita tang anak2, maklumlah sejak semenjak nih, ada kekangan masa sedikit... masuk juga, tp kesusutan idea utk bercerita...

Alhamdulillah, ibu mane yg x suka bila anak2 sihat didepan mata... Terima kasih Allah, anak2 ku sihat alhamdulillah, walaupun sejak 2 3 hr ni si kakak Nuralya dilanda cirit... sampai melecet kulit punggung dia... adakah ianya ujian bg kami ? (ibu dan ayah)... namun aku dan suami terima dgn redha, bkn x pernah... dulu pun pernah juga...tp sebab apa yer? ermm...

Si adik Muaz pun dah mula berjalan 'merembet'... apa ia bahasa yg sesuai... jalan menyusur tepi meja dan kerusi... pjg sgtlah... 'merembet' sesuaiii....

ditambah usia, ditambah gigi, sekarang dia mula menjerit2 serupa si kakak, kekadang berlawan2 lg... si ayah menggeling kepala saja la... dB tinggi la mcm nih... tu baru 2, akan dtg... wallahualam...

mari lihat2 aksi mereka...


"hensem x adik..."


termenung jauh... si kakak yg pandai berlakun...
ada saja aksi dia bila nak tangkap gambarnya..


lagi.. di restoran ala warung di Penang...
"nak minum mcm adik..."


adik pun minum juga...


RnR mane ntah, dah lupa...stop kt mane..
break solat zohor..


gatal gigi... sume benda nak gigit..


naik basikal baru kakak... round dapur ibu...

seronok tengok diarang ni bila main, kdg siap bole cakap2 si muaz ni... walaupun "hehh..hehhhh... ", saja.... kakak pun rajin melayan...
tapi kalau dah bosan @ penat... adikla jadi mangsa... ada saja dibuli si kakak... saje nak test adik yer...

ok lah... daaa...


Tuesday, January 5, 2010

bas oo bas

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya tidak mencoret karenah dan telatah anak2... apa yang aku nak kongsi ialah kakak dah mulai mengenal warna. Biarpun baru 1 atau 2 warna yang dia ingat, ianya cukup mengembirakan hati ibu ini. Terima kasih Allah, bagi puteriku mengenali warna2 ciptaan Mu...

seperti biasa di waktu pagi dia akan ku bawa bersama melalui jalan2 besar melihat pelbagai kenderaan, dari bas, lori, motosikal, basikal mahupun bajak, alhamdulillah syukur dia telah banyak mengenali. Kali ni tumpuan aku mahu dia belajar mengenali warna pula... setiap pagi ada saja bas yang dia lihat, samada dari jarak dekat mahupun jauh. Dan tiap kali itu juga suami atau aku akan bertanya "bas itu warna apa, kakak?", "sejak sehari dua ini, dia mula menyebut " bas kuning....hehehe", lalu ku dan suami bertepuk tangan..."pandai...tahniah kakak, terima kasih Allah kakak dah kenal warna bas kuning",.. kata2 ini lah yang aku cuba kekal agar dia lebih memahami dan menyedari akan Allah. Berterima kasih dan sering mengingati setiap apa juga kejadian, apa juga yang dilihat, dikata semuanya datang dari Dia.

Kakak juga dan mulai mengenali warna barang2 mainannya, terima kasih Allah memberi aku nikmat rasa gembira melihat anak membesar di depan mata.


bas itu warna apa?
"warna kuning... heheh..."


mainan ini warna apa?
"ijau, bilu, kuning, olen..."
mana kuning?
"niiiiiiii......"
mana hijau?
"ijau dah abisss...."

keletah si kakak...

Salawat

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t.

Salawat ringkas dr kakak, ni masa dalam perjalanan marhaban fakulti dr pt raja nak ke BPahat, jauh tu... tapi nak tahan dari si kakak tidur maka si ayah bersalawatlah bersama2 dalam kereta.
byk kali aku cuba rakam tapi kakak xbagi, aku pk inilah yg terbaik aku dapat rakam yg lain xder 5 saat dah kena 'cut' dengan jeritan si kakak, ni ibu simpan utk kakak dengar bila besar nanti yer... (kalau panjang umur la blog nih.. hehe...)



Penat + Ngantuk = Mamai2....

now i know A B C...

^-^ post dr blog lama



Aliff Baa Taa..

^-^ post dr blog lama

Barang baru utk si adik..

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t.

"yea..yeaa... ayah belikan adik muaz walker, pasni x moh nangis2 eh.. leh la g kejar kakak naik walker ni...", itula harapan aku. Senang sket dia nak bergerak2 xderla nak kena dukung saja...

tapi korang nampak nih?harapan ku meleset sama sekali, belum sampai pun barang nih kt rumah, kakak dah booking dulu.. "ni kakak punya, ayah beli...". cihh... bukan main lagi mengaku barang dia...

aku, suami, dan muaz.. diam je... tak leh nak kata apa, muaz lagilah... macam xder perasaan je aku tgk... hah... adik lum tau... nanti dah tau siapla kakak...

"kakak kongsi eh, bila dah jemu bg adik naik pulak ok...", ni pulak harapan suami ku..


***Penunggang yang tiada rase bersalah.. hihi..

ni basikal untuk kakak, takat ni belum berani lagi naik, duduk belah belakang beranila, tp aku yang cuak kuatir terjongkit plak basikal tu...



nilah walker dan tuannya... bukan main lgi tersengih dapat naik...



arituhkan si kakak ada nyanyi mcm nih kan...

Puk amai2...
lalang upu...

....(diam seketika)...

adik pandai...isap susu..

emak anis ..
antannn....

adikKKK!!!.. tak mau!! angis!!!!!!.. (sambil menjerit2)

ibu kiiiije...
..(maka ketawalah dua beradik nih)..

aku pahamla dia nyanyi...
ni mesti mak ngah nyanyikan adik, kakak yang hafal..
ok la drpd dia nyanyi yg pelik2 baik gak dia nyanyi lagu nasihat...

chayokk..chayokk...

Perkembangan baru...

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t

lama aku tak bercerita tentang anak... bukan tak ada perubahan, ada.. cuma aku yang tidak berkesempatan untuk mencoret cerita...

pertamanya, aku ingin sekali mengucapkan "Terima Kasih Allah.. kerna anak ku telah mendapat ilmu baru dan nikmat menghafal" dan "TAHNIAH...sayang " buat Nur Alya kerana dalam pendengaran aku dan suami, dia dah lengkap untuk menyebut A hingga Z, Alif hingga Ya, dan 1 hingga 10 dengan jayanya... yang pasti dia tak suka tingkahlakunya di rakam oleh aku...

ini la dia, si kakak NUR ALYA... 2tahun 2 bulan



Tidak semudah ini untuk aku percaya seawal 2 tahun telah mampu menghafal dan berbual seperti orang dewasa. Tapi setelah aku sendiri lalui maka aku yakin ianya tidak mustahil. Kehendak DIA kalau hendak ditunjukkan, dengan sesiapa juga DIA berikan... aku berniat agar kelebihan ini aku dan suami tidak sia-siakan... tapi aku yang kurang berdisiplin untuk menguruskan masa bersama si anak... macamane tu eik? bagi la aku semangat untuk lebih berhemah menguruskan masa... agar aku mampu berpk dengan lebih baik dan kreatif... biar x karat dan heng pemikiran ku ini... eh?! pernah heng ker? ha ha ha... apepun, tengokla wajah2 si kakak... ada muka kreatif dan bergaya x? bapak dia pun kena juga... tengok nih...



*** haha... ayah saper la nih...



Last puasa... dan seminggu berhari raya..

^-^ post dr blog lama


** Muhammad Muaz dah pandai meniarap

Assalamualaikum w.b.t.

Sukanya hati bukan kepalang, anak bujang ku dah pandai meniarap di akhir2 puasa ini, terima kasih Allah, muhammad muaz dah pandai meniarap sendiri untuk menyambut hari raya ini, mudah-mudahan dengan pandai meniarap ni, dia tidak berasa panas sangat di bahagian belakang badan jika berbaring sendirian... dan kuranglah sikit risiko ruamnya....

Dan alhamdulillah setelah mengharungi seminggu berhari raya ini, tiada masalah berat yang di alami kedua beradik ni, tiada masalah kepenatan, demam, dan sebagainya... Cuma sedikit alahan, si kakak terkena cirit mungkin makan kuih raya.. dan si adik terkena sedikit selesema mungkin kesan air yang berais yang aku minum, maklumlah... raya... mcm2 aku makan, dan mcm2 la rase susu jadinya...

Ya Allah, moga2 anak2 ku cepat sembuh ye.. ya Allah, sesungguhnya yang memberi sakit tu Engkau, dan menyembuhkannya juga Engkau ya Allah...

Dan alya dah tambah pelbagai perkataan diluahkannya... pada last cuti raya... sedang dalam perjalanan ke segamat, dia berkata " yea..yea... arini kakak nak gi raya.." tersenyum aku dan suami mendengar si kakak berkata. Dah seminggu kita raya, baru ni dia ingat nak sebut raya bila menaiki kereta, biasanya jika ditanya dia akan jawab " kakak nak gi jalan...". Terima kasih Allah...

harap2 akan ada lagi perkataan yang baru yang akan di hafal dan baik untuk pertambahan tatabahasanya. Dan untuk kemudahan komunikasinya juga...

Edisi Baju Rayer...

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t.

lani aku nak cite pasal baju rayer lak.... raye ni aku berminat nak menjahit baju raya utk muaz sahaja... memandangkan saiz utk dia tiada dipasaran. Utk alya awal2 lagi aku dan dia pegi beli... tema kami rayer ni coklat, semperna sofa baru rumah kami, sofa yang gedabak bagai... ishh... malulak nak cite... nampak la aku ni mcm x reti nak decorate rumah... hahaha.. suker aku la, rumah aku.. hehe...

berbalik cite baju raya, akunya pun beli siap dan si dia pun beli siap, lagi sesuaiii... mula2 cari baju si ayah dulu, pastu si kakak, dan kemudian si ibu (aku la tuh...) mahunya, 3, 4 kali aku round bazar pt raja ni... sampai tuan kedai dok tanye "x jumpa lagi kak, yang sesuai..." haha... perli aku ka apa?

tapi yang paling x sukernya... peten baju skrg ntah apa2 je... dah la pelik, jarang mengalahkan kain kelambu... korang x pk ke korang yang menjual pun dapat saham gak utk akhirat kelak... ishh... jgn la menempah nyaia... apepun aku x berminat nak membeli baju seperti tu, lagikan memakainya... tudung pun mcm tu jugak, 1 bazar aku round cari bawal xder... yang ade si ikin dan sepupu dan sepapatnya... eee... x gemar che'...

malam tadi aku baru siapkan baju muaz, dgn menggunakan tangan, maklumlah xder mesin, tgn pun jadilah... ala2 simple mimple gitu... pakaipun nanti 1/2 hari je... baby mane tahan pakai baju licin2 ni, tp aku harap dia ok je lah...

ni la baju raya utk muaz...

p/s korangnya baju warna apa tahun ni?

injek

^-^ post dr blog lamaAssalamualaikum w.b.t

harini muaz kena injek utk 5 bulan punya... pagi2 lagi aku dah bangun.. maklumla bulan puasa kena la bangun sahur, pastu siap2 aku g la solat subuh, hajat dihati nak mengosok tetiba boleh ke katil dan sambung tido plak.. sambil tu aku menyusukanla si adik muaz..

tup..tup... 6.50, sasau gak aku bangun mengingatkan baju kerja yang belum bergosok, masak air utk mandi muaz... ishh... bila cek, eh ada baju gosok ngan tudung arr... mesti dia dah gosokkan, Mekasih syg... sker...sker... lani nak g mandikan muaz lak. X bangun2 lagi dah kul 7.10, apa lagi kakak pun mengejutla si adik dengan suara lantangnya... "aaadikkkkk.... angun... aaadddiikkkk... angun la... nak balik ni mah ma'ngah x..." cenggitu la lebih kurang ayatnya...
ngan bahasa yang belum cukup sempurna tapi aku suker dengar si kakak celoteh...

ishh.. macam dah lari tajuk lak... sesampainya kt klinik, aku org ketiga... kejap je dah panggil utk timbang dan ukur tinggi si muaz, siap bg ubat demam lagi.. tapi lum injek lagi...
aku pun tunggu la, adalah 15 minit gak menunggu... lama pulak,

sedang2 bebual ngan ibu2 yang lain, nama muaz pun dipanggil utk amik 'upah', bagi ubat mulut 2 titik, pastu injek... baguslak, x kuat dan x lama dia menangis.... masuk je keta, aku soh dia tido, x leh minum selama setengah jam...

muaz.... anak ibu kuat eh, kalau demam sket je... nanti ma'ngah bagi ubat biar cepat baik....
Terima kasih Allah, kerana memudahkan urusan ku pagi ini, aku harap anak2 aku sihat2 hari ni..
dan aku berharap gak muaz x demam yang teruk sangat...

korang pernah terpiki x, apa yang aku taip ni....

CaCaTan UntuK Si kecil...

^-^ post dr blog lama...


Assalamualaikum....

arini, aku mula dengan blog baru utk bercerita tentang anak-anak aku...Nur Alya dan Muhammad Muaz. Masing-masing baru 2thn dan 5 bulan...
apa yang aku nak cerita adalah aktiviti mereka setiap hari.. manalah tahu kot2 panjang umur blog ni, boleh la dijadikan diari utk mereka... sambil tu boleh aku belajar menulis, menaip dengan pantas dan mengembang kan kekreatifan aku memceceh... boleh ker cam tu?

boleh la... sendiri tanya, sendiri jawab....

ok...