Tuesday, January 5, 2010

bas oo bas

^-^ post dr blog lama

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya tidak mencoret karenah dan telatah anak2... apa yang aku nak kongsi ialah kakak dah mulai mengenal warna. Biarpun baru 1 atau 2 warna yang dia ingat, ianya cukup mengembirakan hati ibu ini. Terima kasih Allah, bagi puteriku mengenali warna2 ciptaan Mu...

seperti biasa di waktu pagi dia akan ku bawa bersama melalui jalan2 besar melihat pelbagai kenderaan, dari bas, lori, motosikal, basikal mahupun bajak, alhamdulillah syukur dia telah banyak mengenali. Kali ni tumpuan aku mahu dia belajar mengenali warna pula... setiap pagi ada saja bas yang dia lihat, samada dari jarak dekat mahupun jauh. Dan tiap kali itu juga suami atau aku akan bertanya "bas itu warna apa, kakak?", "sejak sehari dua ini, dia mula menyebut " bas kuning....hehehe", lalu ku dan suami bertepuk tangan..."pandai...tahniah kakak, terima kasih Allah kakak dah kenal warna bas kuning",.. kata2 ini lah yang aku cuba kekal agar dia lebih memahami dan menyedari akan Allah. Berterima kasih dan sering mengingati setiap apa juga kejadian, apa juga yang dilihat, dikata semuanya datang dari Dia.

Kakak juga dan mulai mengenali warna barang2 mainannya, terima kasih Allah memberi aku nikmat rasa gembira melihat anak membesar di depan mata.


bas itu warna apa?
"warna kuning... heheh..."


mainan ini warna apa?
"ijau, bilu, kuning, olen..."
mana kuning?
"niiiiiiii......"
mana hijau?
"ijau dah abisss...."

keletah si kakak...

No comments:

Post a Comment