Tuesday, January 5, 2010

Last puasa... dan seminggu berhari raya..

^-^ post dr blog lama


** Muhammad Muaz dah pandai meniarap

Assalamualaikum w.b.t.

Sukanya hati bukan kepalang, anak bujang ku dah pandai meniarap di akhir2 puasa ini, terima kasih Allah, muhammad muaz dah pandai meniarap sendiri untuk menyambut hari raya ini, mudah-mudahan dengan pandai meniarap ni, dia tidak berasa panas sangat di bahagian belakang badan jika berbaring sendirian... dan kuranglah sikit risiko ruamnya....

Dan alhamdulillah setelah mengharungi seminggu berhari raya ini, tiada masalah berat yang di alami kedua beradik ni, tiada masalah kepenatan, demam, dan sebagainya... Cuma sedikit alahan, si kakak terkena cirit mungkin makan kuih raya.. dan si adik terkena sedikit selesema mungkin kesan air yang berais yang aku minum, maklumlah... raya... mcm2 aku makan, dan mcm2 la rase susu jadinya...

Ya Allah, moga2 anak2 ku cepat sembuh ye.. ya Allah, sesungguhnya yang memberi sakit tu Engkau, dan menyembuhkannya juga Engkau ya Allah...

Dan alya dah tambah pelbagai perkataan diluahkannya... pada last cuti raya... sedang dalam perjalanan ke segamat, dia berkata " yea..yea... arini kakak nak gi raya.." tersenyum aku dan suami mendengar si kakak berkata. Dah seminggu kita raya, baru ni dia ingat nak sebut raya bila menaiki kereta, biasanya jika ditanya dia akan jawab " kakak nak gi jalan...". Terima kasih Allah...

harap2 akan ada lagi perkataan yang baru yang akan di hafal dan baik untuk pertambahan tatabahasanya. Dan untuk kemudahan komunikasinya juga...

No comments:

Post a Comment